Wednesday, 12 February 2014

perjanjian temeterai lagi

UMP-NIU Metrai perjanjian Memperkasa Program Kejuruteraan Teknologi Bertaraf Antarabangsa


Kuantan, 11 Februari - UniversitiMalaysiaPahang (UMP) terus memperkasa program akademiknya apabila memetrai satu lagimemorandumperjanjian projek melibatkan UMP danNorthern Illinois University(NIU) yang berlangsung di Dewan Bankuet UMP di Gambang hari ini.
 
Majlis menyaksikan acara bertukar dokumen membabitkan Naib Canselor UMP,ProfesorDato’ Dr Daing Nasir Ibrahim dengan Penolong Dekan (Program Prasiswazah), Kolej Kejuruteraan dan Kejuruteraan Teknologi, NIU, Dr. Omar Ghrayeb.
 
Hadir sama Profesor Dr. Cliff Mirman dari  Jabatan Teknologi, Kolej Kejuruteraan dan Kejuruteraan Teknologi, NIU, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato Dr. Mortaza Mohamed dan Dekan Fakulti Teknologi, Profesor Madya Dr. Zularisam Ab. Wahid.
 
Menerusi perjanjianini, UMP dan rakan strategik NIU ini akan bekerjasama dalam memastikan tiga program kejuruteraan teknologi iaitu program ijazah Sarjana Muda  Teknologi Kejuruteraan (Tenaga & Persekitaran), Teknologi Kejuruteraan (Elektrikal) dan Teknologi Kejuruteraan (Pembuatan) ini menepati standard antarabangsa dan diiktirafAccreditation BoardforEngineering and Technology(ABET) di Amerika Syarikat.
 
Menurut Dato’ Dr. Daing berkata, UMP dan NIU telah menjalinkan hubungan dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) sejak tiga tahun lalu dalam membentuk program kejuruteraan teknologi di UMP.
 
“Program ini mula ditawarkan pada sesi akademiksemester2012/2013 dan sehingga kini  seramai 162 pelajar sedang mengikuti pengajian setakat ini,” katanya.
 
Tambah beliau,Kementerian Pendidikan Malaysiamenetapkan rangkaian universiti teknikal  Malaysia (MTUN) perlu menghasilkan 60 hingga 70 peratus jurutera (Practical- Oriented) dan UMP sebagai universiti teknikal yang sedang berkembang kini bakal melahirkan jurutera professional yang berkualiti melalui penawaran program kejuruteraan yang cenderung praktikal (practical-based) serta mendapat pengiktirafan badan professional.
 
Bagi mencapai hasrat ini UMP memainkan peranan dengan menawarkan program teknologi kejuruteraan baharu berteraskan kepada ‘Practical-Oriented’ untuk menghasilkan jurutera praktikal atau teknologis. Lain-lain universiti MTUN terdiri daripada Universiti Malaysia Perlis, Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
 
Sementara itu, Dr. Omar Ghrayeb berkata, pemahaman terhadap profesion jurutera dan ahli teknologis adalah berbeza diAmerikaSyarikat memandangkan golongan jurutera lebih banyak menggunakan teori dalam membuat reka bentuk berbanding pakar teknologis yang lebih praktikal atau operasi berbanding teori.  
 
Pada masa yang sama kunjungan pihak NIU pada kali ini turut menjayakan beberapa sesi perbincangan dan bengkel dalam melaksanakan program berbentuk dwiijazah yang bakal dilaksanakan kelak. Selain itu, kerjasama ini juga dimanfaatkan apabila dua orang pensyarah UMP kini sedang menyambung pengajian diuniversitiitu.
Kuantan, 11 Februari - Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus memperkasa program akademiknya apabila memetrai satu lagi memorandum perjanjian projek melibatkan UMP dan Northern Illinois University (NIU) yang berlangsung di Dewan Bankuet UMP di Gambang hari ini.
Majlis menyaksikan acara bertukar dokumen membabitkan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr Daing Nasir Ibrahim dengan Penolong Dekan (Program Prasiswazah), Kolej Kejuruteraan dan Kejuruteraan Teknologi, NIU, Dr. Omar Ghrayeb.
Hadir sama Profesor Dr. Cliff Mirman dari  Jabatan Teknologi, Kolej Kejuruteraan dan Kejuruteraan Teknologi, NIU, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato Dr. Mortaza Mohamed dan Dekan Fakulti Teknologi, Profesor Madya Dr. Zularisam Ab. Wahid.
Menerusi perjanjian ini, UMP dan rakan strategik NIU ini akan bekerjasama dalam memastikan tiga program kejuruteraan teknologi iaitu program ijazah Sarjana Muda  Teknologi Kejuruteraan (Tenaga & Persekitaran), Teknologi Kejuruteraan (Elektrikal) dan Teknologi Kejuruteraan (Pembuatan) ini menepati standard antarabangsa dan diiktiraf Accreditation Board for Engineering and Technology (ABET) di Amerika Syarikat.
Menurut Dato’ Dr. Daing berkata, UMP dan NIU telah menjalinkan hubungan dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) sejak tiga tahun lalu dalam membentuk program kejuruteraan teknologi di UMP.
“Program ini mula ditawarkan pada sesi akademik semester 2012/2013 dan sehingga kini  seramai 162 pelajar sedang mengikuti pengajian setakat ini,” katanya.
Tambah beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan rangkaian universiti teknikal  Malaysia (MTUN) perlu menghasilkan 60 hingga 70 peratus jurutera (Practical- Oriented) dan UMP sebagai universiti teknikal yang sedang berkembang kini bakal melahirkan jurutera professional yang berkualiti melalui penawaran program kejuruteraan yang cenderung praktikal (practical-based) serta mendapat pengiktirafan badan professional.
Bagi mencapai hasrat ini UMP memainkan peranan dengan menawarkan program teknologi kejuruteraan baharu berteraskan kepada ‘Practical- Oriented’ untuk menghasilkan jurutera praktikal atau teknologis. Lain-lain universiti MTUN terdiri daripada Universiti Malaysia Perlis, Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Sementara itu, Dr. Omar Ghrayeb berkata, pemahaman terhadap profesion jurutera dan ahli teknologis adalah berbeza di Amerika Syarikat memandangkan golongan jurutera lebih banyak menggunakan teori dalam membuat reka bentuk berbanding pakar teknologis yang lebih praktikal atau operasi berbanding teori.  
Pada masa yang sama kunjungan pihak NIU pada kali ini turut menjayakan beberapa sesi perbincangan dan bengkel dalam melaksanakan program berbentuk dwiijazah yang bakal dilaksanakan kelak. Selain itu, kerjasama ini juga dimanfaatkan apabila dua orang pensyarah UMP kini sedang menyambung pengajian di universiti itu.

Disediakan Unit Perhubungan Awam, Bahagian Komunikasi Korporat PNC

Posted By : SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI Date Posted : 12-02-2014, 11:23:08

BARISAN MPP UMP

Selepas kekecohan semasa tempoh manifesto dan masa pertauliahan barisan kabinet mpp akhirnya kabinet ini memutuskan menerima keputusan dengan rela hati.Hanya masa sahaja akan menentukan bilakah tarikh yang sesuai untuk mengumumkan barisan kabinet mpp yang baru ini.

Marilah doakan agar pemimpin yang akan memenuhi barisan kabinet ump ini adalah seorang yang bagus dan bijak dalam menghadapi sebarang tekanan.Jangalah nanti "meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya"seperti memaparkan status marah dalam perjumpaan barisan kabinet,meroyan,meracau,dan segalanya yang negatif di dalam alam siber.Jika mempunyai ketidakpuasan hati didalam perjumpaan kenapa tidak disoalkan terus didalam perjumpaan itu??kenapa meroyan??cakap belakang.Ia menunjukkan pimpinan mpp ump ini mempunyai sifat keanakkan dan jaguh kampunG lebih senang saya labelkan pewakilan ini jenis suka mengumpat.

Janganlah ada sifat ini dalam majlis perwakilan mpp ump dan seluruh univertsiti.Jika ingin lihat bagusnya sifat kepimpinan sesebuah universiti lihatlah pada pimpinannya.Jika lemah,maka pemimpin itu yang lemah.Jika gagal dalam memimpin ia adalah kerana BARISAN KABINET itu mempunyai segelintir manusia yang tidak mempunyai sifat kepimpinan.

sekian....dari #lead