Friday, 16 May 2014

RAMAH MESRA MPP UMP DI KAFETARIA KK1 DAN KK3.

Sedih untuk program ini  yang seperti mahu memperjuangkan suara mahasiswa tapi akhirnya tindakan kosong dan masalah  masih tidak dapat diselesaikan.Lagi menyedihkan apabila YDP UMP NABIL,gagal untuk menyelesaikan satu pun masalah yang diutarakan oleh mahasiswa ump.Dari sudut mata kecil saya,Nabil MASIH TERLALU MUDA,dan masih tidak lagi boleh memegang jawatan mpp ini.

Sebab apa??Beliau masih berfikiran keanak-anakkan,dalam tindakan dalam perjumpaan dengan media.Andai kata,saya turun dari KUALA LUMPUR,untuk bertanya soalan kepada beliau adakah beliau mampu menjawap semua soalan saya dengan baik????Jika saya bertanyakan apa tindakan beliau dalam program kemasyarakatan???ADAKAH SOALAN INI MAMPU UNTUK MENDIAMKAN DIRI BELIAU??Sudah tentu, KERANA beliau tidak mampu untuk menjawap SOALAN INI.


akhirnya...

mampukah barisan kali ini,mengangkat suara mahasiswa?mampukah mereka memperjuangkan suara mahasiswa??adakah pelantikan YDP ini betul?ataupun tidak??selepas menolak rahmat dan ammar,nabil diangkat oleh barisan mpp lain untuk memegang port folio YDP ump.

Thursday, 10 April 2014

derma darah!!

159 Staf dan Pelajar UMP Menyumbang untuk Bekalan Darah HTAA



Kuantan, 1 April–  Kolej Kediaman Kedua (KK2) UniversitiMalaysiaPahang baru-baru bekerjasama denganHospitalTengku Ampuan Afzan danLions Clubdalam penganjuran Program Derma Darah sebagai usaha menambahkan bekalan darah di hospital untuk kegunaan kecemasan.
Program yang juga bertujuan menarik minat golongan muda tampil sebagai penderma darahinimenyaksikan seramai 159 di staf dan pelajar hadir menderma darah pada program yang dijalankan di perkarangan dewan kuliah di  Blok W di UMP Gambang.
Pengarah program, Dhijeedthiran Naidu a/l Chandren berkata, program sehari ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada warga kampus khasnya penghuni KK2 mengenai kepentingan dan manfaat derma darah.
Beliau berbangga dengan sambutan yang amat menggalakkan di kalangan warga kampus malahberjayamengumpulkan sebanyak 159bagdarah untuk diserahkan kepada pusat tabung darah.
“Pengunjung bukan sahaja dapat menderma darah malah dapat berkongsi ilmu tentang kepentingan untuk menderma darah, keistimewaan sebagai penderma dan mengetahui serba sedikit berkaitan penggunaan ubat-ubatan,"
"Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program iaitu pameran kesihatan dariKlinikKesihatan UMP, pemeriksaan kesihatan percuma dan ceramah bertajuk penggunaan Ubat yang disampaikan oleh petugas dari Unit Farmasi HTAA," katanya.
Manakala menurutAlbertChan yang mewakili Lions Club berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha pelajar dalam menggalakkan generasi muda untuk sedar tentang tanggungjawab sejagat dalam membantu insan lain yang memerlukan darah terutamanya sewaktu kecemasan.
Tambahnya, usaha ini perlu diteruskan kerana masih ramai lagi mereka yang diluarsana yang tidak mengambil berat tentang perkara ini. Namun, biasanya kesedaran ini akan timbul tatkala keluarga atau saudara terdekat mereka terdesak memerlukan penderma darah untuk membolehkan mereka terus menikmati kehidupan.
Sementara itu, penderma darah yang menyambung pengajian di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, Adam Ismail, 22, berkata beliau bersyukur kerana masih berjaya melepasi saringan untuk menderma darah dan ianya merupakan sumbangan kali kesepuluh. Namun ianya merupakan kali keenam sumbangan  sepanjang berada dalam  pengajian diuniversitiini.
Tambahnya lagi, hasrat murninya ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan seterusnya dapat membantu pihak hospital dalam menampung bekalan tabung darah yang amat diperlukan terutamanya semasa berdepan dengan waktu kecemasan. 
Kuantan, 1 April –  Kolej Kediaman Kedua (KK2) Universiti Malaysia Pahang baru-baru bekerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Lions Club dalam penganjuran Program Derma Darah sebagai usaha menambahkan bekalan darah di hospital untuk kegunaan kecemasan.
Program yang juga bertujuan menarik minat golongan muda tampil sebagai penderma darah ini menyaksikan seramai 159 di staf dan pelajar hadir menderma darah pada program yang dijalankan di perkarangan dewan kuliah di Blok W di UMP Gambang.
Pengarah program, Dhijeedthiran Naidu a/l Chandren berkata, program sehari ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada warga kampus khasnya penghuni KK2 mengenai kepentingan dan manfaat derma darah.
 
Beliau berbangga dengan sambutan yang amat menggalakkan di kalangan warga kampus malah berjaya mengumpulkan sebanyak 159 bag darah untuk diserahkan kepada pusat tabung darah.
“Pengunjung bukan sahaja dapat menderma darah malah dapat berkongsi ilmu tentang kepentingan untuk menderma darah, keistimewaan sebagai penderma dan mengetahui serba sedikit berkaitan penggunaan ubat-ubatan,"
"Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program iaitu pameran kesihatan dari Klinik Kesihatan UMP, pemeriksaan kesihatan percuma dan ceramah bertajuk penggunaan Ubat yang disampaikan oleh petugas dari Unit Farmasi HTAA," katanya.
Manakala menurut Albert Chan yang mewakili Lions Club berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha pelajar dalam menggalakkan generasi muda untuk sedar tentang tanggungjawab sejagat dalam membantu insan lain yang memerlukan darah terutamanya sewaktu kecemasan.
 
Tambahnya, usaha ini perlu diteruskan kerana masih ramai lagi mereka yang di luar sana yang tidak mengambil berat tentang perkara ini. Namun, biasanya kesedaran ini akan timbul tatkala keluarga atau saudara terdekat mereka terdesak memerlukan penderma darah untuk membolehkan mereka terus menikmati kehidupan.
Sementara itu, penderma darah yang menyambung pengajian di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, Adam Ismail, 22, berkata beliau bersyukur kerana masih berjaya melepasi saringan untuk menderma darah dan ianya merupakan sumbangan kali kesepuluh. Namun ianya merupakan kali keenam sumbangan  sepanjang berada dalam  pengajian di universiti ini.
Tambahnya lagi, hasrat murninya ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan seterusnya dapat membantu pihak hospital dalam menampung bekalan tabung darah yang amat diperlukan terutamanya semasa berdepan dengan waktu kecemasan. 

barisan mpp ump lemah??

Hari demi hari,segalanya berjalan seperti biasa di ump.Ini adalah sudut pandangan mata kasar.Jika dpandang dengan mata hati,segala kelemahan mpp kali ini bakal terbongkar.Apa tindakan mpp selepas diberi mandat unuk menjalankan kerja??Sedih saya melihat ydp kali ini gagal berfungsi dengan cemerlang.Ydp ump kali ini seperti masih dalam angan-angannya.Tiada siapa yang sedarkan beliau ke??Tolonglah kejutkan "arjuna beta " itu bagun dari tidurnya.Sedih betul ydp ump ini.Apa jadi pada amar syahidan??RAJA KONTROVERSI ini khabarnya rajin orangnya,berdedikasi tapi sayang,langkah sering kali terhalang disebabkan di suatu ketika dulu,diri beliau terlalu bodoh untuk melawan sesi pertauliahan.Apa jadi pada Exco spiritual dan sahsiah diri??hilangkan diri agaknya.Maklumlah banyak spritual kat ump ni,terutamanya yang suka melaungkan suara pelajar walaupun pada hakikatnya hanyalah nyalakkan seorang manusia.KORONI SABAH??kenapa dengan sabah??Ada mpp pergi sabah,walaupun kerja di ump ni bertimbun??Inilah yang kita takutkan nilai integriti seseorang itu,TELAH HILANG KERANA DEK PANGKAT DAN HARTA.SALAH GUNA KUASA,DISINI MUNGKIN TERLEPAS,TAPI DI AKHIRAT,BERSIAP SEDIA!!jika dihitung mpp ump kali ini yang sudah  berjalan-jalan kononya membawa nama ump walaupun di semenanjung ini,masih ada lagi manusia yang tidak kenal ump!!PEMBAZIRAN PEMBAZIRAN!!

Nasihat saya pada mpp ump,jaga tingkah laku anda,jaga intgeiriti anda,ingat!!rakyat masih memantau apa yang anda lakukan..

Wednesday, 12 February 2014

perjanjian temeterai lagi

UMP-NIU Metrai perjanjian Memperkasa Program Kejuruteraan Teknologi Bertaraf Antarabangsa


Kuantan, 11 Februari - UniversitiMalaysiaPahang (UMP) terus memperkasa program akademiknya apabila memetrai satu lagimemorandumperjanjian projek melibatkan UMP danNorthern Illinois University(NIU) yang berlangsung di Dewan Bankuet UMP di Gambang hari ini.
 
Majlis menyaksikan acara bertukar dokumen membabitkan Naib Canselor UMP,ProfesorDato’ Dr Daing Nasir Ibrahim dengan Penolong Dekan (Program Prasiswazah), Kolej Kejuruteraan dan Kejuruteraan Teknologi, NIU, Dr. Omar Ghrayeb.
 
Hadir sama Profesor Dr. Cliff Mirman dari  Jabatan Teknologi, Kolej Kejuruteraan dan Kejuruteraan Teknologi, NIU, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato Dr. Mortaza Mohamed dan Dekan Fakulti Teknologi, Profesor Madya Dr. Zularisam Ab. Wahid.
 
Menerusi perjanjianini, UMP dan rakan strategik NIU ini akan bekerjasama dalam memastikan tiga program kejuruteraan teknologi iaitu program ijazah Sarjana Muda  Teknologi Kejuruteraan (Tenaga & Persekitaran), Teknologi Kejuruteraan (Elektrikal) dan Teknologi Kejuruteraan (Pembuatan) ini menepati standard antarabangsa dan diiktirafAccreditation BoardforEngineering and Technology(ABET) di Amerika Syarikat.
 
Menurut Dato’ Dr. Daing berkata, UMP dan NIU telah menjalinkan hubungan dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) sejak tiga tahun lalu dalam membentuk program kejuruteraan teknologi di UMP.
 
“Program ini mula ditawarkan pada sesi akademiksemester2012/2013 dan sehingga kini  seramai 162 pelajar sedang mengikuti pengajian setakat ini,” katanya.
 
Tambah beliau,Kementerian Pendidikan Malaysiamenetapkan rangkaian universiti teknikal  Malaysia (MTUN) perlu menghasilkan 60 hingga 70 peratus jurutera (Practical- Oriented) dan UMP sebagai universiti teknikal yang sedang berkembang kini bakal melahirkan jurutera professional yang berkualiti melalui penawaran program kejuruteraan yang cenderung praktikal (practical-based) serta mendapat pengiktirafan badan professional.
 
Bagi mencapai hasrat ini UMP memainkan peranan dengan menawarkan program teknologi kejuruteraan baharu berteraskan kepada ‘Practical-Oriented’ untuk menghasilkan jurutera praktikal atau teknologis. Lain-lain universiti MTUN terdiri daripada Universiti Malaysia Perlis, Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
 
Sementara itu, Dr. Omar Ghrayeb berkata, pemahaman terhadap profesion jurutera dan ahli teknologis adalah berbeza diAmerikaSyarikat memandangkan golongan jurutera lebih banyak menggunakan teori dalam membuat reka bentuk berbanding pakar teknologis yang lebih praktikal atau operasi berbanding teori.  
 
Pada masa yang sama kunjungan pihak NIU pada kali ini turut menjayakan beberapa sesi perbincangan dan bengkel dalam melaksanakan program berbentuk dwiijazah yang bakal dilaksanakan kelak. Selain itu, kerjasama ini juga dimanfaatkan apabila dua orang pensyarah UMP kini sedang menyambung pengajian diuniversitiitu.
Kuantan, 11 Februari - Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus memperkasa program akademiknya apabila memetrai satu lagi memorandum perjanjian projek melibatkan UMP dan Northern Illinois University (NIU) yang berlangsung di Dewan Bankuet UMP di Gambang hari ini.
Majlis menyaksikan acara bertukar dokumen membabitkan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr Daing Nasir Ibrahim dengan Penolong Dekan (Program Prasiswazah), Kolej Kejuruteraan dan Kejuruteraan Teknologi, NIU, Dr. Omar Ghrayeb.
Hadir sama Profesor Dr. Cliff Mirman dari  Jabatan Teknologi, Kolej Kejuruteraan dan Kejuruteraan Teknologi, NIU, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato Dr. Mortaza Mohamed dan Dekan Fakulti Teknologi, Profesor Madya Dr. Zularisam Ab. Wahid.
Menerusi perjanjian ini, UMP dan rakan strategik NIU ini akan bekerjasama dalam memastikan tiga program kejuruteraan teknologi iaitu program ijazah Sarjana Muda  Teknologi Kejuruteraan (Tenaga & Persekitaran), Teknologi Kejuruteraan (Elektrikal) dan Teknologi Kejuruteraan (Pembuatan) ini menepati standard antarabangsa dan diiktiraf Accreditation Board for Engineering and Technology (ABET) di Amerika Syarikat.
Menurut Dato’ Dr. Daing berkata, UMP dan NIU telah menjalinkan hubungan dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) sejak tiga tahun lalu dalam membentuk program kejuruteraan teknologi di UMP.
“Program ini mula ditawarkan pada sesi akademik semester 2012/2013 dan sehingga kini  seramai 162 pelajar sedang mengikuti pengajian setakat ini,” katanya.
Tambah beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia menetapkan rangkaian universiti teknikal  Malaysia (MTUN) perlu menghasilkan 60 hingga 70 peratus jurutera (Practical- Oriented) dan UMP sebagai universiti teknikal yang sedang berkembang kini bakal melahirkan jurutera professional yang berkualiti melalui penawaran program kejuruteraan yang cenderung praktikal (practical-based) serta mendapat pengiktirafan badan professional.
Bagi mencapai hasrat ini UMP memainkan peranan dengan menawarkan program teknologi kejuruteraan baharu berteraskan kepada ‘Practical- Oriented’ untuk menghasilkan jurutera praktikal atau teknologis. Lain-lain universiti MTUN terdiri daripada Universiti Malaysia Perlis, Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Sementara itu, Dr. Omar Ghrayeb berkata, pemahaman terhadap profesion jurutera dan ahli teknologis adalah berbeza di Amerika Syarikat memandangkan golongan jurutera lebih banyak menggunakan teori dalam membuat reka bentuk berbanding pakar teknologis yang lebih praktikal atau operasi berbanding teori.  
Pada masa yang sama kunjungan pihak NIU pada kali ini turut menjayakan beberapa sesi perbincangan dan bengkel dalam melaksanakan program berbentuk dwiijazah yang bakal dilaksanakan kelak. Selain itu, kerjasama ini juga dimanfaatkan apabila dua orang pensyarah UMP kini sedang menyambung pengajian di universiti itu.

Disediakan Unit Perhubungan Awam, Bahagian Komunikasi Korporat PNC

Posted By : SITI SARAH BINTI MOHAMAD RAJIMI Date Posted : 12-02-2014, 11:23:08

BARISAN MPP UMP

Selepas kekecohan semasa tempoh manifesto dan masa pertauliahan barisan kabinet mpp akhirnya kabinet ini memutuskan menerima keputusan dengan rela hati.Hanya masa sahaja akan menentukan bilakah tarikh yang sesuai untuk mengumumkan barisan kabinet mpp yang baru ini.

Marilah doakan agar pemimpin yang akan memenuhi barisan kabinet ump ini adalah seorang yang bagus dan bijak dalam menghadapi sebarang tekanan.Jangalah nanti "meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya"seperti memaparkan status marah dalam perjumpaan barisan kabinet,meroyan,meracau,dan segalanya yang negatif di dalam alam siber.Jika mempunyai ketidakpuasan hati didalam perjumpaan kenapa tidak disoalkan terus didalam perjumpaan itu??kenapa meroyan??cakap belakang.Ia menunjukkan pimpinan mpp ump ini mempunyai sifat keanakkan dan jaguh kampunG lebih senang saya labelkan pewakilan ini jenis suka mengumpat.

Janganlah ada sifat ini dalam majlis perwakilan mpp ump dan seluruh univertsiti.Jika ingin lihat bagusnya sifat kepimpinan sesebuah universiti lihatlah pada pimpinannya.Jika lemah,maka pemimpin itu yang lemah.Jika gagal dalam memimpin ia adalah kerana BARISAN KABINET itu mempunyai segelintir manusia yang tidak mempunyai sifat kepimpinan.

sekian....dari #lead