Thursday, 10 April 2014

derma darah!!

159 Staf dan Pelajar UMP Menyumbang untuk Bekalan Darah HTAA



Kuantan, 1 April–  Kolej Kediaman Kedua (KK2) UniversitiMalaysiaPahang baru-baru bekerjasama denganHospitalTengku Ampuan Afzan danLions Clubdalam penganjuran Program Derma Darah sebagai usaha menambahkan bekalan darah di hospital untuk kegunaan kecemasan.
Program yang juga bertujuan menarik minat golongan muda tampil sebagai penderma darahinimenyaksikan seramai 159 di staf dan pelajar hadir menderma darah pada program yang dijalankan di perkarangan dewan kuliah di  Blok W di UMP Gambang.
Pengarah program, Dhijeedthiran Naidu a/l Chandren berkata, program sehari ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada warga kampus khasnya penghuni KK2 mengenai kepentingan dan manfaat derma darah.
Beliau berbangga dengan sambutan yang amat menggalakkan di kalangan warga kampus malahberjayamengumpulkan sebanyak 159bagdarah untuk diserahkan kepada pusat tabung darah.
“Pengunjung bukan sahaja dapat menderma darah malah dapat berkongsi ilmu tentang kepentingan untuk menderma darah, keistimewaan sebagai penderma dan mengetahui serba sedikit berkaitan penggunaan ubat-ubatan,"
"Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program iaitu pameran kesihatan dariKlinikKesihatan UMP, pemeriksaan kesihatan percuma dan ceramah bertajuk penggunaan Ubat yang disampaikan oleh petugas dari Unit Farmasi HTAA," katanya.
Manakala menurutAlbertChan yang mewakili Lions Club berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha pelajar dalam menggalakkan generasi muda untuk sedar tentang tanggungjawab sejagat dalam membantu insan lain yang memerlukan darah terutamanya sewaktu kecemasan.
Tambahnya, usaha ini perlu diteruskan kerana masih ramai lagi mereka yang diluarsana yang tidak mengambil berat tentang perkara ini. Namun, biasanya kesedaran ini akan timbul tatkala keluarga atau saudara terdekat mereka terdesak memerlukan penderma darah untuk membolehkan mereka terus menikmati kehidupan.
Sementara itu, penderma darah yang menyambung pengajian di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, Adam Ismail, 22, berkata beliau bersyukur kerana masih berjaya melepasi saringan untuk menderma darah dan ianya merupakan sumbangan kali kesepuluh. Namun ianya merupakan kali keenam sumbangan  sepanjang berada dalam  pengajian diuniversitiini.
Tambahnya lagi, hasrat murninya ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan seterusnya dapat membantu pihak hospital dalam menampung bekalan tabung darah yang amat diperlukan terutamanya semasa berdepan dengan waktu kecemasan. 
Kuantan, 1 April –  Kolej Kediaman Kedua (KK2) Universiti Malaysia Pahang baru-baru bekerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Lions Club dalam penganjuran Program Derma Darah sebagai usaha menambahkan bekalan darah di hospital untuk kegunaan kecemasan.
Program yang juga bertujuan menarik minat golongan muda tampil sebagai penderma darah ini menyaksikan seramai 159 di staf dan pelajar hadir menderma darah pada program yang dijalankan di perkarangan dewan kuliah di Blok W di UMP Gambang.
Pengarah program, Dhijeedthiran Naidu a/l Chandren berkata, program sehari ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada warga kampus khasnya penghuni KK2 mengenai kepentingan dan manfaat derma darah.
 
Beliau berbangga dengan sambutan yang amat menggalakkan di kalangan warga kampus malah berjaya mengumpulkan sebanyak 159 bag darah untuk diserahkan kepada pusat tabung darah.
“Pengunjung bukan sahaja dapat menderma darah malah dapat berkongsi ilmu tentang kepentingan untuk menderma darah, keistimewaan sebagai penderma dan mengetahui serba sedikit berkaitan penggunaan ubat-ubatan,"
"Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program iaitu pameran kesihatan dari Klinik Kesihatan UMP, pemeriksaan kesihatan percuma dan ceramah bertajuk penggunaan Ubat yang disampaikan oleh petugas dari Unit Farmasi HTAA," katanya.
Manakala menurut Albert Chan yang mewakili Lions Club berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha pelajar dalam menggalakkan generasi muda untuk sedar tentang tanggungjawab sejagat dalam membantu insan lain yang memerlukan darah terutamanya sewaktu kecemasan.
 
Tambahnya, usaha ini perlu diteruskan kerana masih ramai lagi mereka yang di luar sana yang tidak mengambil berat tentang perkara ini. Namun, biasanya kesedaran ini akan timbul tatkala keluarga atau saudara terdekat mereka terdesak memerlukan penderma darah untuk membolehkan mereka terus menikmati kehidupan.
Sementara itu, penderma darah yang menyambung pengajian di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, Adam Ismail, 22, berkata beliau bersyukur kerana masih berjaya melepasi saringan untuk menderma darah dan ianya merupakan sumbangan kali kesepuluh. Namun ianya merupakan kali keenam sumbangan  sepanjang berada dalam  pengajian di universiti ini.
Tambahnya lagi, hasrat murninya ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan seterusnya dapat membantu pihak hospital dalam menampung bekalan tabung darah yang amat diperlukan terutamanya semasa berdepan dengan waktu kecemasan. 

No comments:

Post a Comment