159 Staf dan Pelajar UMP Menyumbang untuk Bekalan Darah HTAA |
Kuantan, 1 April– Kolej Kediaman Kedua (KK2) UniversitiMalaysiaPahang baru-baru bekerjasama denganHospitalTengku Ampuan Afzan danLions Clubdalam penganjuran Program Derma Darah sebagai usaha menambahkan bekalan darah di hospital untuk kegunaan kecemasan.
Program yang juga bertujuan menarik minat golongan muda tampil sebagai penderma darahinimenyaksikan seramai 159 di staf dan pelajar hadir menderma darah pada program yang dijalankan di perkarangan dewan kuliah di Blok W di UMP Gambang.
Pengarah program, Dhijeedthiran Naidu a/l Chandren berkata, program sehari ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada warga kampus khasnya penghuni KK2 mengenai kepentingan dan manfaat derma darah.
Beliau berbangga dengan sambutan yang amat menggalakkan di kalangan warga kampus malahberjayamengumpulkan sebanyak 159bagdarah untuk diserahkan kepada pusat tabung darah.
“Pengunjung bukan sahaja dapat menderma darah malah dapat berkongsi ilmu tentang kepentingan untuk menderma darah, keistimewaan sebagai penderma dan mengetahui serba sedikit berkaitan penggunaan ubat-ubatan,"
"Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program iaitu pameran kesihatan dariKlinikKesihatan UMP, pemeriksaan kesihatan percuma dan ceramah bertajuk penggunaan Ubat yang disampaikan oleh petugas dari Unit Farmasi HTAA," katanya.
Manakala menurutAlbertChan yang mewakili Lions Club berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha pelajar dalam menggalakkan generasi muda untuk sedar tentang tanggungjawab sejagat dalam membantu insan lain yang memerlukan darah terutamanya sewaktu kecemasan.
Tambahnya, usaha ini perlu diteruskan kerana masih ramai lagi mereka yang diluarsana yang tidak mengambil berat tentang perkara ini. Namun, biasanya kesedaran ini akan timbul tatkala keluarga atau saudara terdekat mereka terdesak memerlukan penderma darah untuk membolehkan mereka terus menikmati kehidupan.
Sementara itu, penderma darah yang menyambung pengajian di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, Adam Ismail, 22, berkata beliau bersyukur kerana masih berjaya melepasi saringan untuk menderma darah dan ianya merupakan sumbangan kali kesepuluh. Namun ianya merupakan kali keenam sumbangan sepanjang berada dalam pengajian diuniversitiini.
Tambahnya lagi, hasrat murninya ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan seterusnya dapat membantu pihak hospital dalam menampung bekalan tabung darah yang amat diperlukan terutamanya semasa berdepan dengan waktu kecemasan.
Kuantan, 1 April – Kolej Kediaman Kedua (KK2) Universiti Malaysia Pahang baru-baru bekerjasama dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Lions Club dalam penganjuran Program Derma Darah sebagai usaha menambahkan bekalan darah di hospital untuk kegunaan kecemasan.
Program yang juga bertujuan menarik minat golongan muda tampil sebagai penderma darah ini menyaksikan seramai 159 di staf dan pelajar hadir menderma darah pada program yang dijalankan di perkarangan dewan kuliah di Blok W di UMP Gambang.
Pengarah program, Dhijeedthiran Naidu a/l Chandren berkata, program sehari ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada warga kampus khasnya penghuni KK2 mengenai kepentingan dan manfaat derma darah.
![]() ![]()
Beliau berbangga dengan sambutan yang amat menggalakkan di kalangan warga kampus malah berjaya mengumpulkan sebanyak 159 bag darah untuk diserahkan kepada pusat tabung darah.
“Pengunjung bukan sahaja dapat menderma darah malah dapat berkongsi ilmu tentang kepentingan untuk menderma darah, keistimewaan sebagai penderma dan mengetahui serba sedikit berkaitan penggunaan ubat-ubatan,"
"Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program iaitu pameran kesihatan dari Klinik Kesihatan UMP, pemeriksaan kesihatan percuma dan ceramah bertajuk penggunaan Ubat yang disampaikan oleh petugas dari Unit Farmasi HTAA," katanya.
Manakala menurut Albert Chan yang mewakili Lions Club berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha pelajar dalam menggalakkan generasi muda untuk sedar tentang tanggungjawab sejagat dalam membantu insan lain yang memerlukan darah terutamanya sewaktu kecemasan.
![]() ![]()
Tambahnya, usaha ini perlu diteruskan kerana masih ramai lagi mereka yang di luar sana yang tidak mengambil berat tentang perkara ini. Namun, biasanya kesedaran ini akan timbul tatkala keluarga atau saudara terdekat mereka terdesak memerlukan penderma darah untuk membolehkan mereka terus menikmati kehidupan.
Sementara itu, penderma darah yang menyambung pengajian di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, Adam Ismail, 22, berkata beliau bersyukur kerana masih berjaya melepasi saringan untuk menderma darah dan ianya merupakan sumbangan kali kesepuluh. Namun ianya merupakan kali keenam sumbangan sepanjang berada dalam pengajian di universiti ini.
Tambahnya lagi, hasrat murninya ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan seterusnya dapat membantu pihak hospital dalam menampung bekalan tabung darah yang amat diperlukan terutamanya semasa berdepan dengan waktu kecemasan.
|
Thursday, 10 April 2014
derma darah!!
barisan mpp ump lemah??
Hari demi hari,segalanya berjalan seperti biasa di ump.Ini adalah sudut pandangan mata kasar.Jika dpandang dengan mata hati,segala kelemahan mpp kali ini bakal terbongkar.Apa tindakan mpp selepas diberi mandat unuk menjalankan kerja??Sedih saya melihat ydp kali ini gagal berfungsi dengan cemerlang.Ydp ump kali ini seperti masih dalam angan-angannya.Tiada siapa yang sedarkan beliau ke??Tolonglah kejutkan "arjuna beta " itu bagun dari tidurnya.Sedih betul ydp ump ini.Apa jadi pada amar syahidan??RAJA KONTROVERSI ini khabarnya rajin orangnya,berdedikasi tapi sayang,langkah sering kali terhalang disebabkan di suatu ketika dulu,diri beliau terlalu bodoh untuk melawan sesi pertauliahan.Apa jadi pada Exco spiritual dan sahsiah diri??hilangkan diri agaknya.Maklumlah banyak spritual kat ump ni,terutamanya yang suka melaungkan suara pelajar walaupun pada hakikatnya hanyalah nyalakkan seorang manusia.KORONI SABAH??kenapa dengan sabah??Ada mpp pergi sabah,walaupun kerja di ump ni bertimbun??Inilah yang kita takutkan nilai integriti seseorang itu,TELAH HILANG KERANA DEK PANGKAT DAN HARTA.SALAH GUNA KUASA,DISINI MUNGKIN TERLEPAS,TAPI DI AKHIRAT,BERSIAP SEDIA!!jika dihitung mpp ump kali ini yang sudah berjalan-jalan kononya membawa nama ump walaupun di semenanjung ini,masih ada lagi manusia yang tidak kenal ump!!PEMBAZIRAN PEMBAZIRAN!!
Nasihat saya pada mpp ump,jaga tingkah laku anda,jaga intgeiriti anda,ingat!!rakyat masih memantau apa yang anda lakukan..
Nasihat saya pada mpp ump,jaga tingkah laku anda,jaga intgeiriti anda,ingat!!rakyat masih memantau apa yang anda lakukan..
Subscribe to:
Posts (Atom)